MULAI 4 Julai, kesemua pelitup muka bukan perubatan perlu mendapatkan perakuan SIRIM bagaimanapun kerajaan setuju untuk menunda penguatkuasaan tersebut setelah mengambil kira komen orang ramai.
Bagaimanapun itu bukan topik utama kerana perhatian lebih tertumpu kepada pelitup muka keluaran pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie yang menyokong tindakan tersebut sebagai usaha untuk memerangi produk tidak berkualiti.
Namun insiden yang terbaharu berlaku sewaktu ‘live’ menarik perhatian netizen apabila aktiviti mempromosikan pelitup mukanya bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza tiba-tiba terputus talinya sewaktu cuba untuk dipakai.
Sebelum ini, Jovian menegaskan bahawa pelitup muka keluarannya selamat dipakai serta mempunyai tahap kualiti yang tinggi termasuk diiktiraf MDA.
Siaran Live tersebut telah menarik perhatian ramai pihak yang turut mempertikaikan kualiti pelitup mukanya.
Bahkan, segelintir pihak menganggap situasi itu memakan dirinya yang sebelum ini menyokong usaha untuk membanteras tahap kualiti pelitup muka yang hauk.
Lebih pedas, netizen turut menyifatkan jualan pelitup muka yang diperoleh di pasaran jauh lebih berkualiti berbanding keluaran Jovian.