Penyanyi, Khai Bahar kehilangan ibu tersayang Rosnah binti Mohamad pada Selasa lalu. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka, Kangar pada Rabu.
Menerusi hantaran di Instagram, pelantun lagu Luluh itu mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang mendoakan arwah ibunya. Khai juga turut berkongsi kenangan terakhir bersama arwah ibunya.
Bagaimanapun, Khai meluahkan rasa terkilannya kerana tidak dapat menatap wajah ibunya buat kali terakhir.
“Rasa terkilan tak sempat tatap wajah mak kali terakhir
“Baru minggu lepas balik jumpa dan sambut birthday mak, tak sangka mak dah tak ada
“Even adik kakak abang yang jaga mak hari-hari di rumah pon tak sangka yang mak akan pergi sekelip mata,” luahnya.
Arwah ibunya tiada menunjukkan tanda-tanda pelik bahawa dirinya akan pergi. Arwah ibu Khai pergi dengan tenang semasa tidur.
“Sebelum mak pergi, mak sempat mintak air dekat kakak untuk kali terakhir. Lepas kakak bagi air, mak suruh letak atas meja nanti dia minum, kakak naik ke atas tengok anak-anak
“Tak sampai 15 minit kakak turun dan nampak mak seolah olah mak sedang tidur. Kakak cuba kejutkan mak bangun untuk minum, mak tak bergerak dan kakak cuba untuk kejutkan lagi, berkali-kali kejut masih tak bangun.
“Kakak panggil adik turun untuk bantu kejut mak, mak masih tak bangun dan tak bergerak, adik cuba pegang nadi mak, nadi mak tak berdenyut,” luahnya.
Ketika menerima berita duka itu, Khai sedang berada di Langkawi dan merasakan dunia menjadi gelap gelita selepas menerima perkhabaran itu. Tapi Khai bersyukur kerana perjalannya dari Langkawi ke Perlis dimudahkan.
Khai memohon doa dari rakan-rakan agar dirinya dan keluarga terus kuat menghadapi kehilangan dan dugaan ini.
View this post on Instagram