AKHIRNYA tiba masa bagi Shawols iaitu peminat kumpulan K-Pop SHINee melepaskan Taemin sebagai anggota terakhir pergi ke latihan ketenteraan pada bulan Mei akan datang. Pelantun lagu ‘Stand By Me’ ini mengumumkan dirinya akan berangkat ke latihan tersebut pada 31 Mei ini.
Perkara ini diumumkan sendiri oleh Lee Taemin atau lebih mesra dengan panggilan Taemin yang kini berusia 28 tahun dalam sesi siaran langsung aplikasi V Live pada 19 April.
Katanya, “masih ada lagi satu bulan dan saya tak nak mengisi masa saya dengan bersedih. hari ini saya akan beritahu pada anda semua perancangan saya secara langsung”.
“saya akan mengadakan konsert Beyond Live pada 2 Mei ini. Untuk album solo pula, akan dilancarkan pada minggu kedua atau ketiga Mei. Selain itu, jadual album masih belum diketahui tapi saya akan berikan persembahan dan muzik terbaik untuk anda semua sebelum pergi ke latihan ketenteraan”, tambah Taemin.
Sebelum ini, antara anggota SHINee yang baru sahaja pulang dari latihan ketenteraan pada 7 Oktober tahun lalu adalah Kim Ki Bum atau lebih dikenali sebagai Key. Ini bermakna, Taemin merupakan anggota terakhir dalam SHINee yang akan menjalankan tanggungjawab wajibnya sebagai lelaki warganegara Korea Selatan.
Di samping itu, Taemin juga sempat menjadi satu-satunya anggota SHINee yang aktif secara solo dalam industri muzik sewaktu anggota lain sedang menjalani kewajiban mereka. Sejak Februari lalu, SHINee sempat comeback dan melancarkan lagu ‘Don’t Call Me’ yang dimuatkan dalam album re-package ‘Atlantis’.
Sumber: Korea Herald