BARU-BARU ini, penyanyi Indonesia, Rizky Febian mengeluarkan kenyataan secara terbuka dan mengaku bahawa dirinya sudah tidak teruna.
Hal itu menyebabkan bapanya, pengacara dan pelawak terkenal, Sule menjadi pening kerana dirinya dikejar oleh pihak wartawan bagi mendapatkan pengesahan mengenai anak lelakinya.
Katanya, “Tentang isu teruna, apa yang keluar daripada mulut Rizky tak tahu betul atau tidak. Jangan percayalah..
.. Padahal dia tenang sahaja. Tapi saya yang dikejar oleh wartawan,” ujar Sule menerusi video yang dimuat naik di Youtubenya.
Menerusi klip video yang sama, Rizky menjelaskan yang dia sengaja berbuat demikian kerana ingin mengusik dan bergurau pada ayahnya.
Rizky berkata, “Gitulah. Ketika itu, saya terfikir nak kenakan ayah. Jadi saya terfikir hal itu,” yang terus mendapat pandangan tajam oleh Sule.
Terdahulu, Rizky menerusi saluran Youtube pengacara popular Indonesia, Boy William mengaku bahawa sudah hilang teruna. Tambahnya penyanyi itu, ayahnya tidak mengetahui hal tersebut dan mungkin akan sedar sehingga dia menonton video berkenaan.