Kehilangan anak kedua selepas dua tahun kematian suaminya ternyata menjadikan Nora Ariffin sebagai antara penyanyi yang didekati peminat untuk berkongsi kisah duka masing-masing.
Malah tidak dinafikan Nora sendiri dia sering menerima sapaan di laman sosial daripada peminat yang ingin berkongsi masalah dengan dirinya.
Kata Nora sebagai manusia biasa kehilangan orang tersayang turut meletakkan dia dalam keadaan terdesak dan tertekan. Namun apa yang diamalkannya ini banyak membantu selain setiasa memahami apa sahaja yang ada kini hanyalah pinjaman dari Allah Swt.
“Perkara pertama adalah untuk sentiasa sabar dengan apa sahaja dengan dugaan yang datang. Kedua reda, memang susah hendak buat tetapi bila kita sudah menerima ketentuan takdir hati kita sendiri akan lapang.
“Yang ketika adalah sentiasa bersyukur, kadang kita ingat bersyukur ini waktu gembira , kaya dan dapat sesuatu yang bahagia. Tetapi apa yang patut kita buat adalah setiasa bersyukur dengan apa juga yang kita ada termasuk ujian yang Allah SWT sebab itu adalah cara dia untuk dekatkan kita dengan dia,”katanya.
Berada dalam keadaan yang cukup kuat untuk meneruskan kehidupan untuk keluarganya. Nora ketika ditanya mengenai perbezaan perasaan ketika kehilangan suami dan anak, tidak menafikan impak menjadi seorang balu lebih mendalam buat dirinya.
“Memang ada beza kehilangan suami itu lebih mendalam rasanya sebab kita kehilangan orang yang paling dekat dengan kita. Hilang tempat mengadu.
“Anak pula ada batas, namun sebaga ibu yanv melahirkan dia dan membesarkan dia bukanlah sesuatu yang mudah untuk melupakan,”katanya.
Sementara itu kini Nora menjadi duta kepada produk penjagaan muka dari Korea Prettian. Bercakap mengenai produk yang menggunakan bahan organik khas dari Pulau Jeju. Kata Nora antara sebab dia menerima tawaran menjadi duta produk ini adalah kerana keberkesanan selain menggunakan bahan yang selamat.