DUBLIN, IRELAND – Penyanyi dari Ireland, Sinead O’Connor meninggal dunia pada usia 56 tahun dengan punca kematian yang tidak didedahkan kepada umum, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) hari ini.
Selepas memeluk agama Islam pada 2018, Allahyarhamah menukar namanya kepada Shuhada’ Sadaqat, namun terus menggunakan nama asalnya ketika membuat persembahan.
Keluarganya mengumumkan khabar duka itu dan berkata, seluruh ahli keluarga serta rakan-rakan Allahyarhamah berasa sedih.
O’Connor dikenali ramai dengan lagu popularnya bertajuk Nothing Compares 2 U, yang dikeluarkan pada 1990.
Ia manjadi juara carta Billboard Hot 100 pada tahun tersebut, sekali gus membawa populariti kepada penyanyi itu di seluruh dunia.
Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar berkata, muzik yang dibawakan O’Connor digemari di seluruh dunia dan bakat yang dimiliki Allahyarhamah tidak dapat ditandingi.
Sumber : Kosmo