Shuk Sahar punya hal, Shukri Yahaya pula kena ‘serang’

SEPERTI yang sedang hangat diperkatakan netizen, pelawak Shuk Sahar, 35, sekali lagi terpalit dengan kontroversi apa bila didakwa kembali menjalin hubungan dengan wanita yang dikenali dengan Fara Salleh.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh isterinya sendiri, Rossalennah Natassyiah pada Sabtu lalu di laman Instagram.

Namun malangnya, pelakon kacak Shukri Yahaya pula terkena tempias apabila wujud segelintir netizen yang
menyangka mereka adalah individu sama.

Rata-ratanya mereka mula menyerang ruangan komen Instagram aktor yang terkenal dengan Drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu.

Namun, Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 32, membalas salah satu komen
dengan menyatakan dia bukan individu yang dimaksudkan.

Komen balas Shukri Yahaya

“Muka macam Shrek pun nak curang ke? Aku marah ni,” tulis seorang individu.

“Salah orang ni,muka aku macam SRK! Ini aku marah,” balas Shukri.

Terdahulu, kecoh apabila Rossalennah mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan
dengan Fara Salleh

Jelas Rossalennah lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah wanita tersebut untuk meminta suaminya
pulang ke rumah namun terpaksa beredar dengan hampa.

Susulan isu itu, Shuk secara rasmi telah digantung perkhidmatannya sebagai penyampai di stesen
radio Hot FM berkuat kuasa pada semalam (25 Januari 2021).

https://www.youtube.com/watch?v=5rmQkUB_x6Y