PENYANYI Chaleeda Gilbert akhirnya muncul dengan single terbaharu berjudul ‘Cigarettes’.
Hampir setahun menyepi tanpa single terbaharu, gadis berusia 20 tahun ini terinspirasi mencipta lagu ‘Cigarettes’ daripada kisah cinta beliau sendiri. Namun peliknya ia diibaratkan sebagai ketagihan terhadap sebatang rokok walaupun dirinya bukanlah seorang perokok.
Walau bagaimanapun, gadis kacukan Inggeris-Thai yang pernah popular dengan lagu Mind Over Matter ini tampil dengan muzik video yang menunjukkan babak dirinya mencium perempuan. Akan tetapi, itu tidak terlalu menjadi masalah bagi sesetengah peminat kerana Chaleeda berasal dari Thailand yang lebih terbuka dengan budaya LGBT.
Selain itu, sebagai pelakon, Chaleeda terkenal dengan watak ‘Arisa’, seorang pelajar pintar dan berinovasi dalam drama bersiri ‘Kweng – The Stranded’, siri Netflix Thailand pada 2019, selain itu Chaleeda juga merupakan wajah yang sering dilihat di kaca televisyen Thailand membintangi pelbagai drama bersiri dan iklan.
Muzik video tersebut boleh ditonton di saluran YouTube Chaleeda, serta boleh didengari di platform muzik atas talian seperti YouTube Music, Spotify, Apple Music, JOOX dan Tidal.