“Sebab Tu Saya Dah Tak Kawan Dengan Dia” – Zarina Anjoulie Buka Cerita

Zarina Anjoulie menerusi satu video tangkap layar siaran langsung menjelaskan sebab utama dirinya sudah tidak lagi berkawan dengan Fatiya Latiff. Ia susulan isu di mana Fatiya secara terang-terangan merendahkan pelakon Zahirah Macwilson dan mengatakan Zahirah seperti bibik.

Sebelum ini Zarina Anjoulie atau lebih mesra dipanggil Anju pernah berkawan rapat dengan Fatiya.

“Inilah masalah yang saya ada dengan Fatiya

“Anju pernah kawan dengan dia, Anju pernah gaduh dengan dia. Inilah sebabnya.

“Kalau korang tengok video, korang boleh rasa tak busuk hati? Sebab tu saya berhenti kawan dengan dia,” luah Anju.

 

@aseancelebrities Zarina Anjoulie || Anju Mula Buka Cerita.. Tentang Fatiya Latiff #ZarinaAnjoulie #FatiyaLatiff ♬ original sound – Selebriti Malaysia

Anju juga mengatakan ketika persahabatannya dengan Fatiya dilanda konflik, ramai yang memihak kepada Fatiya tanpa mendengar penjelasan dari pihaknya. Bagaimanapun, Anju menjelaskan masa akan menentukan keperibadian seseorang itu.

“Sebab orang ni, dia tak boleh sorokkan dia punya perangai busuk lama-lama. Akan kantoi juga,” ucapnya lagi.

Menerusi video yang dimuat naik di Tiktok Selebriti Malaysia itu, Anju turut mengatakan bahawa tidak mengapa jika Fatiya sudah tidak lagi popular seperti dahulu kerana tetap ada yang menyangi dirinya.

“Ramai orang sayang kau. Dah sendu ke tak apa. Tak ada lah kat Malaysia ni istilah dah sendu orang tak sayang kau. Aku okay je,” kata Anju.