“Saya Tidak Redha Pemergian Ini” – Tyzo Tidak Lagi Bersama Suria FM

Selepas lapan tahun bertugas sebagai penyampai radio di Suria FM,  semalam merupakan hari terakhir Tyzo berkhidmat di stesen radio itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Tyzo, bekas penyampai bagi segmen Suria Petang itu meminta maaf kerana menurutnya keputusan tersebut bukanlah keputusan dirinya. Jelasnya lagi, dia masih ingin bekerja di stesen radio tersebut.

“Saya minta maaf kerana ini bukan keputusan saya. Saya masih lagi mahu bekerja.

“Saya punya anak, tapi ini bukan kehendak saya. Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kemenangan Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023,” tulisnya.

Tyzo juga memohon maaf kepada seluruh pendengar Suria Petang dan akan merindui pasangannya dalam segmen Suria Petang, Sharifah Shahirah.

“Saya tidak redha pemergian ini. Tapi apa daya saya, saya tiada kuasa, saya tiada pilihan.

“Saya harus pergi. Maafkan saya,” luahnya

Bagaimanapun, menurut Tyzo dirinya tidak redha dengan pemergian tersebut namun keputusan tersebut bukanlah terletak pada dirinya.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu bagi 2024.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tyzo X xander (@tyzoxander)