BARU-baru ini hangat diperkatakan mengenai kisah jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang dikatakan ingin kembali mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, desas desus mengenai perkara itu menerima tentangan hebat anaknya yang juga seorang penyanyi rap, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16 tahun atai lebih mesra dikenali sebagai Cik B.
Memetik laporan Astro Gempak, Cik B berkata beliau belum bersedia untuk menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam kehidupannya.
“Saya macam tak naklah ada ayah baharu, dah cukup ada lima ayah”, luah beliau apabila ditanya berhubung soal perkahwinan ibunya bersama lelaki yang dikenali sebagai Iqbal Zulkefli.
Mengulas lanjut, Cik B berpendapat, faktor usia yang mempunyai perbezaan ketara antara salah sartu sebab beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut.
“Saya sangat kurang setuju. Mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 27.
“Macam mana abang Iqbal boleh sukakan orang tua. Mesti ada sebab. Saya pun tak setuju mama nak ada anak lagi. Mama ni kalau dia bercinta, dia macam cinta buta,” katanya.
Cik B memberitahu, hubungannya bersama individu berkenaan yang sebelum ini bekas pembantu peribadi ibunya juga adalah tidak begitu baik malah kerap bergaduh.
“Saya dengan abang Iqbal ni memang tak baik. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa-biasa. Mama pun selalu bergaduh dengan dia.
“Hubungan kami memang sangat renggang. Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi biarlah pada diri saya sendiri saja,” ujarnya.
Sangkaan Cik B terhadap perkara itu pada awalnya berkemungkinan hanya disebabkan ‘marketing’ namun situasi itu seakan bertukar serius.
“Sebenarnya saya ingatkan cuma marketing (publisiti), tapi nampak macam betul-betul pula. Ya Allah takutnya, tapi harap-harapnya memang marketinglah.
“Tapi, kalau jodoh mama dengan abang Iqbal saya harapkan mama happy, ikutlah mama nak buat apa. Saya memang tak nak mama kahwin dengan abang Iqbal,” tambahnya.
Vida sebelum ini mengesahkan bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya itu pada Disember ini namun risau dengan penerimaan anak-anaknya terutama Cik B.
Kisah hubungan Vida dan Iqbal menjadi perhatian ramai apabila pasangan itu terbuka berkongsi persiapan mereka termasuk melakukan ujian kesuburan pada akhir Ogos lalu.
Sementara itu, Iqbal pula membuat pengakuan sudah bersedia untuk bergelar suami terhadap jutawan kosmetik itu.
Apa pun yang berlaku kita doakan yang terbaik buat mereka.