WALAUPUN penyanyi dan pelakon cantik, Elizabeth Tan sudah mendirikan rumah tangga. Gambar yang dimuat naiknya di Instagram masih lagi menjadi sasaran bagi kaum lelaki miang apabila mereka dengan berani meninggalkan komen berunsur gatal dan lucah.
Terbaru, Elizabeth Tan atau senang dipanggil Lizzy, 28 tahun berkongsi sekeping gambar memakai kebaya putih dan berkain batik ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Namun, busana yang menampakkan sedikit bahagian pehanya itu mengundang komen lelaki ‘sangap’ apabila geram melihat kulit putih Lizzy.
Dalam pada itu, komen lucah juga turut dipenuhi pada gambar terbarunya yang memakai baju tanpa lengan berwarna biru sambil menunggu untuk melakukan ‘streaming’ permainan video dalam talian, semalam.
Memang berani betul ya lelaki yang komen tu! Dah lah komen di tempat terbuka dan kebanyakannya adalah lelaki Melayu Islam pula. Harap dapat kawal nafsu sikit. Adakah ini salah orang yang menayang atau melihat? Apa pun, jagalah perangai dan adab itu lebih lagi pada yang dah berkahwin. Tak malu ke orang tengok?