Rizky Febian sedih belum jumpa jodoh, Sule pesan cari pasangan mesti seperti ‘warung makan’

PENYANYI terkenal Indonesia, Rizky Febian baru sahaja menginjak usia 23 tahun pada Februari lalu. Namun, dia sudah mula resah untuk mencari atau memiliki pasangan hidup.

Mungkin ini disebabkan adik kepada anak sulung pelawak dan pengacara terkenal, Sule sudah mendapatkan kekasih yang bakal melangkah ke fasa seterusnya.

Rizky Febian Adriansyah Sutisna atau Rizky Febian yang popular dengan lagu ‘Cukup Tau’ ini mengadu kepada bapanya dan mengaku ia sedih kerana masih solo.

Dalam perkongsian video yang dimuat naik di Youtube rasmi Sule, Rizky dilihat sedang melakukan panggilan video bersama Sule.

https://youtube.com/watch?v=3z4J2lYckzQ

Katanya, “Ayah, macam mana ya? sampai sekarang saya belum dapat jodoh?”.

Walau bagaimanapun, bapanya terus menenangkannya dan mengatakan bahawa itu bukanlah masalah besar kerana diluar sana masih ramai lagi ‘bunga’.

Di samping itu, Rizky juga meminta pendapat bapanya mengenai ciri-ciri wanita yang perlu dipilih untuk menjadi calon isteri.

“Sayang dengan adik-adik kamu, matang pemikiran dan memahami pekerjaan kamu. Itu saja”, jawab Sule.

Menurut Sule, jika nak mencari calon isteri itu juga harus seperti ‘warteg’ atau warung kecil yang menjual makanan di tepi jalan.

Pelawak itu juga menambah, ia kerana ‘warteg’ itu nampak sederhana tetapi sangat berkualiti. Memang terbaik betul pesanan Sule sebagai seorang ayah.

Apa pun, semoga Rizky Febian cepat bertemu jodoh yang baik-baik!

Sumber: Liputan6