Penyanyi As’ad Motawh mengakui timbul salah faham dengan kenyataannya sebelum ini yang didakwa pergi ke sekolah adalah perkara yang membuang masa.
Menurut As’ad, atau nama sebenarnya penuh As’ad Ahmad Muhammad Motawh, kenyataan yang sebenar adalah bersifat peribadi di mana perkara tersebut hanyalah untuk dirinya yang tidak suka ke sekolah harian.
“Saya tidak pernah berkata ‘awak tidak perlu pergi ke sekolah’. Ayat saya adalah ‘saya bukan seorang manusia yang suka ke sekolah dan saya anggap itu adalah membuang masa’.
“Kenapa saya rasa itu membuang masa? Kerana saya rasa saya ada rezeki untuk menjadi penyanyi dan ikut kaedah pembelajaran di rumah atau ‘homeschooling’.
“Kalau ‘homeschooling’ saya hanya perlu ke sekolah biasa selama enam jam sehari, sebanyak dua kali seminggu.
“Dalam tempoh itu, saya belajar macam-macam ilmu sejak tingkatan 4 dan 5. Sebenarnya saya boleh berbuat demikian (‘homeschooling’) sejak awal lagi, boleh jimat banyak masa,” ujarnya menerusi sebuah podcast.
Sumber : Kosmo