PELAWAK Pian Cecupak meninggal dunia di rumah ibunya di Flat Sentul Murni, Taman Datuk Senu, Sentul pada malam Rabu.
Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Rahman, 51 dikatakan menghembuskan nafas terakhir jam 8 malam tadi, lapor ASTRO Awani.
Seorang ahli keluarganya berkata, Allahyarham yang terjatuh di dalam tandas ditemui oleh ibunya.
Punca kematian tidak dapat dikenal pasti buat masa ini.
Pada 2018, Pian mengakui perlu menjalani rawatan jantung dan memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000.
Menurut Allahyarham ketika itu, doktor menasihatinya supaya segera melakukan pembedahan kerana masalah tekanan jantung yang dihadapinya amat serius.
Sumber: ASTRO Awani