JENAMA sukan terkenal Nike memfailkan tuntutan saman terhadap syarikat MSCHF berikutan pelancaran kasut ‘Satan Shoes’ bersama penyanyi rap terkenal iaitu Lil Nas X.
Dalam tuntutan itu, Nike mendakwa MSCHF melanggar tanda dagang kerana menggunakan Air Max 97 sebagai inspirasi untuk ‘Satan Shoes’, dengan menambah dakwat merah yang menggunakan darah manusia di bahagian tengah kasut itu, lapor Awani.
Kolaborasi MSCHF dengan Lil Nas itu dibuat ketika pelancaran lagu Montero (Call Me By Your Name).
Syarikat gergasi itu menyatakan MSCHF tidak pernah diberi kebenaran untuk mengeluarkan produk yang menyerupai kasut Nike, dan ia jelas mengelirukan pengguna, lapor Business Insider.
Jelas syarikat itu, ia mungkin memberi persepsi kepada pengguna kononnya Nike mengeluarkan produk tersebut.
Ekoran itu, Nike menggesa orang ramai supaya memboikot stor kasut MSCHF di seluruh negara.
Dalam tuntutan itu, syarikat itu juga ada menyebut yang tindakan itu dibuat ekoran untuk menjaga jenama serta melindungi harta intelektualnya, serta mengelakkan kekeliruan.
Kasut kontroversi itu dikeluarkan sempena pelancaran single nyanyian Lil Nas X berjudul Call Me By Your Name.
Setakat ini, Nike tidak pernah mempersetujui atau mengizinkan MSCHF untuk menghasilkan ‘Satan Shoes’.
Sumber: Awani