Netizen Keluarkan Petisyen Desak DJ Lin Letak Jawatan

Satu petisyen telah dilancarkan di change.org untuk mendesak Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid untuk meletak jawatan.

Bukan itu sahaja, petisyen itu juga meminta agar segmen Suria Cinta dibubarkan.

Kami percaya bahawa DJ Lin dari Suria FM sudah tidak lagi relevan dan kami merasakan perubahan diperlukan. Menurut data terkini, ada penurunan mendadak dalam jumlah pendengar stesen ini (Sumber: Laporan Penyiaran Malaysia). Oleh itu, kami menggesa pihak pengurusan Suria FM untuk mempertimbangkan permintaan kami agar DJ Lin meletakkan jawatannya. Sila tandatangan petisi ini jika anda setuju dengan pendapat kami.