SEMPENA hari ibu yang disambut pada 9 Mei, sudah pasti ramai di antara kita yang menyambut hari ibu dengan pelbagai cara. Selain itu, bagi seorang yang bergelar ibu, mungkin tidak terlalu susah untuk mereka mengukir senyuman melihat usaha anak-anak yang bersungguh untuk membahagiakan diri mereka.
Biarpun apa jua panggilan seperti “emak, ummi mummy, mama” atau apa jua gelaran manja diberikan kepada mereka, tetap kasih sayang yang dicurahkan oleh golongan ini tidak ada tolak bandingnya.
Sama seperti selebriti media sosial, Azfar Heri yang tidak asing lagi di kalangan warganet baru-baru ini telah membelikan ibunya sebuah taman indah siap dipersembahkan dengan hiasan dekorasi nyaman pohon-pohon hijau di ruang hadapan rumah.
Hal itu telah dikongsi oleh Azfar Heri di laman Instagramnya sendiri. Meskipun bagi sesetengah individu beranggapan, membelanjakan sejumlah wang yang banyak buat ibu atau ayah itu merupakan satu pembaziran, ada yang berpendapat bahawa cukuplah sekadar seikhlas hati dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
Di tengah pandemik penularan wabak Covid-19 ini, niat untuk membelanjakan keluarga makan di luar semestinya menjadi larangan namun Azfar yang sedia maklum bahawa ibunya sangat sukakan ‘pokok pokok dan kehijauan kehijauan’ mengambil peluang untuk membahagiakan dan membuat ibunya tersenyum lebar dengan memberi pokok sebagai hiasan di halaman rumah.
Katanya, “Mama suka pokok pokok dan kehijauan kehijauan (biasa la faktor umur kan) so kita hadiahkan satu lori pokok siap decoration landscape special untuk mama. Thank you @thehutans for make it happen and your awesome service”.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata pengikut Azfar Heri memuji tindakannya kerana tidak membazir dalam membeli sesuatu barangan yang tidak berfaedah khas untuk ibunya.
Ada juga yang berpendapat bahawa menanam pokok juga boleh berzikir untuk tuannya dan mungkin ini boleh menjadikan salah satu cara untuk mengandakan pahala buat Azfar dan keluarga.
Walau apa pun, selepas ini seronoklah Azfar dan keluarga menyambut Aidil Fitri sambil ber’OOTD’ di taman baru rumah.