Pelakon dan pelawak, Zul Yahya dikecam teruk selepas memuat naik hantarkan menyelar dan merendahkan bangsa Melayu di Facebook miliknya baru-baru ini.
Menerusi hantaran tersebut, Zul Yahya menulis kenyataan berbaur provokasi dan juga menyelar bangsa Melayu dengan sifat-sifat keji.
“Bangsa Melayu yang banyak rogol anak sendiri. Bangsa Melayu yang banyak menipu bangsa sendiri.
“Bangsa Melayu yang banyak hasat dengki dengan bangsa sendiri. Bangsa Melayu tak boleh ditegur sebab dia rasa bangsa Melayu paling hebat,” tulisnya yang membuatkan netizen kurang senang.
Seorang pengguna Facebook meninggalkan komen dengan mengiyakan apa yang dikatakan Zul Yahya bahawa bangsa Melayu tidak boleh ditegur.
“Memang betul lah tak boleh ditegur. Dulu aku pernah tegur dia ni..aku cakap ada ustaz bagitau, lelaki kalau nak simpan rambut panjang boleh tapi jangan ikat (masa tu dia rambut panjang dan ikat belakang)
“Last-last apa dia komen, ingatkan nak ucap terima kasih kerana menegur dia..boleh dia kata pula awak stim ke tengok aku?,” tulisnya.
Ada juga netizen yang memberi nasihat kepada Zul Yahya agar terus mendoakan bangsa sendiri daripada mengecam.
Sumber : Facebook Zul Yahya