BTS ARMY, pasti gembira apabila rangkaian makanan segera terkenal McDonald’s mengumumkan mereka bakal berkolaborasi dengan kumpulan K-Pop popular itu.
Kumpulan BTS mempunyai 7 orang anggota yang terdiri dari RM, Jin, Suga, j-hope, Jimin, V dan Jungkook seperti telah memberi hint kepada peminat sebelum ini. Seperti kebiasaan, BTS yang gemar memberi spoiler, ARMY tidak menyedari hint yang pernah didedahkan oleh para anggota dan selepas Mcdonald’s melancarkan ‘BTS Meal’ barulah mereka seakan sedar.
BTS Meal akan mula menyapa ARMY bermula 26 Mei ini dan ianya boleh didapati di 50 negara di seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, Singapura, Kanada dan banyak lagi. Bukan setakat itu, ARMY Malaysia pun boleh siap sedia untuk beratur mendapatkan BTS Meal setelah ia dilancarkan.
Menurut media, gabungan menu BTS Meal dicipta mengikut citarasa ahli BTS sendiri dan ia merangkumi 10 ketul McNuggets Ayam, kentang goreng dan minuman bersama dengan sos manis dan sos Cajun yang dicipta oleh McDonald’s Korea.
Selain itu, para ARMY juga pasti menanti kejutan lain yang mungkin akan disertakan seperti cenderahati istimewa dari setiap pembelian BTS Meal, betul tak?
Baru-baru ini, BTS melancarkan konsert online Bang Bang Con 2021 pada 17 April lalu dan ia mendapat lebih dari 22 juta tontonan dalam masa 8 jam.