Setelah sekian lama dinanti, Melly Goeslaw, sang maestro komposer dan penyanyi tersohor Indonesia, kembali menyapa peminatnya dengan persembahan istimewa yang akan mencipta memori tak terlupakan. Bertempat di Axiata Arena, pada malam 31 Mei 2025, pukul 8.30 malam, konsert Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite bakal menjadi perayaan puncak setelah kejayaan dua siri konsert sebelumnya.
“Kalian kangen aku?” tanya Melly dengan penuh rindu dan kehangatan, mengawali salam Nusantara untuk memeriahkan tahun baru 2025.
Konsert ini bukan sekadar nostalgia tetapi sebuah janji yang ditepati. Bagi mereka yang pernah hadir di Back To School dan Malam Graduasi, kini tiba giliran melengkapkan perjalanan muzik ini dengan malam prom yang eksklusif.
Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite: Sebuah Penutup Istimewa
Diselenggarakan oleh Icon Entertainment, Prom Nite adalah babak terakhir dalam trilogi konsert Melly yang dimulai sejak 2023. Dalam kata-kata penuh semangat oleh pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, Prom Nite adalah malam perayaan penuh glamor yang akan membawa pengunjung kembali ke dalam lorong kenangan.
“Dress to Kill adalah tema malam ini, jadi sarungkan busana terbaik dan paling menawan. Anggap malam ini sebagai pertemuan semula yang paling berharga bersama teman-teman dari dua siri sebelumnya,” ujar Iman Tang.
Untuk memastikan setiap penggemar dapat ikut serta, pelbagai kategori tiket disediakan:
• Prom Kayangan (RM 558)
• Pesona Malam (RM 428)
• Malam Dipagari Bintang (RM 328)
• Gala Glamor (Standing) (RM 258)
• Magis Cahaya Bulan (RM 228)
Tiket boleh dibeli di laman rasmi www.ticket2u.com.my
Melly Goeslaw: Malam yang Tidak Terlupakan
Melly mengungkapkan, “Tidak ada janji manis yang ingin saya berikan, selain menyeru semua untuk tidak terlepas menyertai malam istimewa ini. Prom Nite akan menjadi momen paling indah dan dikenang selamanya.”
Bagi peminat setia, malam ini bukan sekadar konsert tetapi juga perjalanan emosi, menghimpun kisah dan lagu-lagu yang sudah menjadi sebahagian dari hidup mereka.
Pastikan Anda Hadir!
31 Mei 2025, Axiata Arena, menjadi malam paling dinanti tahun ini. Siapkan diri untuk bernyanyi bersama, mengenang karya-karya indah Melly, dan memancarkan pesona terbaik Anda di Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite. Jangan sampai terlewat, kerana malam ini adalah tentang Anda, tentang kita semua, bersama legenda yang tak tergantikan.