Seperti yang dijangka, kemeriahan dan kehebatan Konsert GenKRU selama dua malam berturut-turut berlangsung dengan penuh spektakular. Di tengah lambakan konsert dan festival yang dipenuhi barisan artis antarabangsa, KRU tampil sebagai nama paling mencuri tumpuan.
Media sosial dibanjiri dengan FYP berkaitan Konsert GenKRU, dan ruang komen masih dihujani luahan peminat yang belum mampu “move on” daripada pengalaman luar biasa tersebut.
Persembahan bertenaga KRU diperkukuh dengan sistem audio dan pencahayaan yang begitu megah, mencipta suasana seolah-olah penonton di bawa kembali ke era kegemilangan 90an. Hampir semua penonton tidak dapat menahan diri daripada bergoyang dan menari, seakan berada di sebuah kelab malam berskala besar.
Susunan lagu yang ikonik dan begitu dekat di halwa telinga membuatkan seluruh dewan bergema dengan nyanyian bersama. KRU bukan sekadar tampil hebat mereka membuktikan bahawa stamina dan semangat mereka masih luar biasa. Dengan gerakan tarian yang tersusun dan larian aktif di segenap penjuru pentas, persembahan ini layak digelar antara yang terbaik dalam keseluruhan kerjaya mereka. Dua malam yang menyaksikan KRU seolah-olah kembali ke usia 20-an.

Iman Tang dari Icon Entertainment pula berjaya mengangkat kembali zaman kegemilangan KRU ke puncaknya. Malah, ramai yang mula bertanya—adakah akan ada malam keempat?
Namun jangan lepaskan peluang tiket untuk malam ketiga masih boleh didapati di:
https://www.ticket2u.com.my/event/40233/genkru-day-3
Ayuh, kita buktikan bahawa artis tempatan mampu mencipta fenomena sehebat artis antarabangsa. Jangan jadi penonton dari jauh jadilah sebahagian daripada sejarah ini.
oleh: Hadi Rumnan