JIKA diperhatikan, kini semakin ramai anak muda yang berlumba-lumba untuk menjadi content creator dan sudah menjadi lumrah kehidupan. Mereka juga akan melalui pelbagai cabaran dan juga tidak akan terlepas dari kecaman netizen.
Selebriti media sosial Khairul Amin atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming, baru-baru ini menjadi bualan hangat selepas berkongsi video cara masakan makanan ‘carbonara’. Seorang pengguna Twitter @lqqwqqtqqd telah mempersoalkan tentang mengapa Khairul Aming tidak merekod video masakannya sebelum bulan Ramadan.
Di ruangan komen, rata-rata daripada pengikut Khairul Aming sangat bangga dan kagum dengan kesungguhan beliau dalam melakukan content memasak.
Buktinya, Khairul Aming akan menteliti feedbacks yang diterima daripada video yang pertama sebelum membuat video seterusnya untuk menambahbaik kualiti produk videonya yang lain.
Katanya yang membalas ciapan pengguna tersebut, “…for example bila video day 1 was doing well, i need to know why & quickly apply to video day 2“.
Jika dilihat, apa yang dipraktikkan oleh Khairul Aming ini boleh dijadikan contoh yang terbaik kepada content creators dan influencers di luar sana supaya mereka dapat berusaha memperbaiki diri menjadi lebih baik agar tidak berada di takuk yang sama.
Boleh dikatakan kebanyakan video masakannya sentiasa mendapat perhatian dan penantian daripada pengikutnya terutama pada bulan Ramadan.
Tidak dinafikan, sebagai penonton, kita juga seronok apabila melihat seorang content creator yang memberi sepenuh hati, tidak pernah jemu membuat video masakan dan sentiasa mengambil kritikan secara positif seperti Khairul Aming.
Semoga Khairul Aming maju jaya dalam apa yang dilakukannya dan sentiasa lebih bersemangat untuk berkongsi banyak lagi content menarik kepada orang ramai!
Sumber: Kool FM