“Jangan Sesekali Pisahkan” – Sharnaaz Faham Perasaan Fizi Ali, Minta Jangan Pisahkan Ayah dan Anak

Pelakon Sharnaaz Ahmad melalui Instagram Story bersimpati dan memahami perasaan penyampai Hot FM, Fizi Ali yang kini dilanda kemelut kerana tidak dapat berjumpa dengan anaknya.

Menurut Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, hanya mereka yang pernah melalui situasi seperti itu sahaja yang akan faham.

 

“Hanya yang lalui akan faham. Aku tak pernah jumpa Fizi

“But I’ll hug you brother. Aku taknak tahu betul atau salah. Tapi jangan sesekali pisahkan. Apa pun alasannya,” tulisnya.

Perbincangan sulh bagi sebutan hadanah atau hak penjagaan anak antara Fizi Ali dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri menemui jalan buntu kerana tiada kata sepakat.

Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, 37, berkata perkara itu akan dibicarakan selepas pengurusan kes yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 22 Februari depan.

Fizi mengakui sudah lama tidak berjumpa dengan anaknya Ameena. Menurutnya, tiada niat mahu merampas anak tapi hanya mahu diberikan kebenaran untuk berjumpa tanpa halangan. Dia hanya mahu melihat anak dapat kasih sayang ibu dan bapa secukupnya.