BARU sahaja memasuki hari ketiga ramadan, tapi sudah ada di antara kita yang sudah membuat persiapan raya awal.
Semalam, tular sebuah video yang dikongsi oleh pelakon Shukri Yahaya dan juga penyanyi hip-hop MK K-Clique yang menunjukkan mereka memakai baju melayu sambil membawa kenderaan.
Dalam video tersebut, kedua selebriti tersebut kelihatan amat segak dan macho, Shukri yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dan MK memandu kereta yang mewah.
Video itu mendapat perhatian netizen dan ada yang mengatakan ia persis seperti filem aksi popular ‘Fast & Furious’.
Walau bagaimanapun, itu bukanlah trailer filem baru tetapi ia adalah iklan baju raya jenama Bulan Bintang dan seperti yang anda lihat Shukri Yahaya dan MK K-Clique adalah duta jenama itu pada tahun ini.
Memang terbaik betul iklan Bulan Bintang dan mesti ada di antara anda yang dah tak sabar nak raya kan!
Untuk lelaki yang nak nampak segak pada hari pertama Syawal seperti Shukri Yahaya dan MK K-Clique, jom kita layan iklan ini dulu!