Dunia hiburan tempatan sekali lagi gempar apabila panganjur terkenal, Iman Tang, memuat naik sebuah hantaran di Instagram yang mencetuskan tanda tanya. Gambar yang dikongsi menunjukkan beliau berada di studio milik Malique, atau lebih dikenali sebagai The General.
Sejak sekian lama, nama Malique atau nama sebenarnya Cairel Edrin Ibrahim seakan tenggelam dari radar industri muzik. Usaha pelbagai pihak, termasuk stesen televisyen ternama, untuk membawa beliau kembali ke pentas seni sentiasa menemui jalan buntu. Justeru, perkongsian Iman Tang ini mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat, terutamanya berkaitan kemungkinan kemunculan semula figura legenda ini.
Di ruangan komen Instagram ERA, beberapa peminat meluahkan pendapat mereka:
Seorang pengguna, @izz.d.wan, menulis:
“Tenang… kawan datang pergi berbincang sahaja… tak ada apa-apa kemunculan di TV atau pentas… (tak nak mengharap sebenarnya).”
Sementara itu, @mat.rudyy pula berpandangan:
“Dia datang pun… kalau ada konsert pun, for sure Malique takkan terlibat lah… ko ingat Malique senang-senang ke nak keluar? Dia tu orang yang berprinsip. Sekali ja cakap, dia terus buat.”
Walaupun ramai yang skeptikal, rekod pencapaian Iman Tang dalam menjayakan idea-idea besar tidak boleh dipandang remeh. Keupayaannya merealisasikan perkara yang tampak mustahil sebelum ini memberi harapan kepada peminat bahawa sesuatu yang luar biasa mungkin sedang dirancang.
Apakah ini petanda kebangkitan semula The General? Sama-sama kita nantikan perkembangannya. Seperti kata ramai, In Iman Tang We Trust!
Oleh: Roomnone