BAGI penggemar K-Drama, sudah pasti anda tidak sabar menanti pelbagai cerita yang bakal ditayangkan kerana setiap tahun ada banyak drama Korea yang dikeluarkan.
Baru-baru ini, media Korea telah mendedahkan bahawa Netflix bakal mengeluarkan drama Korea terbaru bertajuk ‘Annarasumanara’.
Apa yang menarik, antara barisan pelakon yang ditampilkan dalam drama ini adalah Ji Chang Wook, Hwang In Yeop dan Choi Sung Eun.
Annarasumanara mengisahkan tentang seorang perempuan miskin bernama Ai dilakonkan oleh Choi Sung Eun yang berjuang untuk melunaskan hutang-hutang keluarga dan menyara adik perempuannya.
Sehingga satu hari dia bertemu dengan seorang ahli silap mata yang gila Lee Eul dilakonkan oleh Ji Chang Wook.
Hwang In Yeop akan berperanan sebagai salah seorang pelajar cemerlang di sekolah Ai.
Drama ‘Annarasumanara’ bakal ditayangkan pada tahun 2021 dengan jumlah enam (6) episod, ia juga akan diarahkan oleh Kim Sung Yoon yang pernah menjadi pengarah drama popular ‘Love in The Moonlight’ dan ‘Itaewon Class’ .