PENYANYI dan komposer, Haqiem Rusly baru-baru ini mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan bahawa dirinya bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.
Tiada angin tiada ribut, Haqiem secara tiba-tiba mengumumkan khabar baik itu yang menggembirakan itu melalui sesi Instagram Live pada pukul 2 pagi tadi.
Katanya, dia tidak berniat untuk menyembunyikan perkara tersebut daripada peminat sebelum ini. Namun, baru kini dia mempunyai kekuatan untuk berkongsi hal berkenaan.
“Saya akan menamatkan zaman bujang pada hujung tahun 2021. Itulah beritanya. Okay saya mintak anda semua doakan yang baik-baik saja sebab bagi saya no issue pun. This is a good thing”, jelas Haqiem.
Menurutnya lagi, tarikh tetap mengenai majlis perkahwinannya bersama gadis pilihan masih belum ada tetapi mereka sudah menghadiri kursus kahwin pada tahun lalu.
Sementelahan, identiti bakal isteri Haqiem juga belum didedahkan dan mereka berdua dilaporkan sudah mengenali antara satu sama lain sejak dua tahun yang lalu.
Wah! Apa pun semoga urusan Haqiem dan pasangan dipermudahkan!