Berakhir sudah pertandingan realiti Gegar Vaganza musim keenam (GV6), serta pertama kali dalam sejarah, juara diumumkan dua orang, Naqiu Boboy dan Hady Mirza, malam tadi di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi.
Lantas, menjadi tanda tanya, adakah ini semua hanya ‘drama’ atau sekadar ingin jaga hati para peminat.
Mengulas lebih lanjut, keterangan sidang media yang dilangsungkan malam tadi, oleh para juri yang mengadili serta pihak Astro.
“Okay saya cakap terus terang, saya sebagai ketua juri, saya tak boleh pilih Naqiu atau Hady sebagai juara, saya beri mereka berdua juara. Senang, tiada masalah.
“Sebab apa, Satunya, mereka pandai respect muzik, mereka akur dengan ikut kehendak muzik jadi semua setara, dan ikatan silaturrahim mereka semasa buat persembahan battle, seperti adik-beradik.
“Jadi bunyi yang keluar sangat ikhlas. Saya bentangkan dan kata dekat pihak Astro, Kita ambil sahaja mereka berdua sebagai juara tahun ini. Jadi pihak Astro pun setuju dan ambil keputusan saya,” kata Ketua Juri Datuk Ramli MS kepada The News.
Sementara itu, Juri tetap GV6, Hetty Koes Endang atau lebih mesra Bunda, turut memberikan penjelasannya tersendiri terhadap sebab juara dimiliki dua orang.
“Malam ini saya rasa pentas hari ini sangat ajaib, memang apa yang terjadi kadang-kadang diluar jangkaan, Naqiu dan Hady sama-sama kuat. Harmoni mereka berdua sangat kuat.
“Jadi saya bingung, lantas beri markah yang sama tiada yang rendah dan tinggi. Itulah hasilnya, dua-dua juara,” kata Bunda.
Seterusnya, bagi pihak pengurusan Astro, Raqim Ahmad berkata, mereka kata apa yang berlaku pada malam tersebut semuanya tidak dirancang dan bukanlah publisiti semata-mata.
“Masa saat itu memang kami ada buat round table, Para juri pun kami sudah beri beberapa peratus untuk kebebasan mereka memilih siapa juara. Jadi apabila mereka sudah memilih kita pun setuju.
“Dari segi hadiah pula, kita kena tambah beri sama rata pada juara termasuk wang tunai. Benda ini kita tidak rancang, memang keputusan dibuat setelah kesemua para finalis membuat persembahan mereka.
“Pada mulanya jujur kami terkejut dengan keputusan dari pihak juri, tapi keterangan dan keputusan yang mendalam oleh Tok Ram membuatkan kami bersetuju,” katanya.