Gugur air mata Elizabeth Tan… – “Saya percayakan orang yang salah”

PENYANYI terkenal Elizabeth Tan gagal menahan sebak apabila stok jenama pakaian miliknya yang baru tiba daripada pembekal tidak memenuhi kriteria yang telah dijanjikan.

Elizabeth yang lebih mesra disapa Lizzy berkongsi perkara itu melalui satu video yang dimuat naik di Facebook rasmi miliknya pada Selasa.

“Saya betul-betul kecewa biarpun senang hati baju T-shirt hitam jenama Izzi sudah habis ditempah.

“Pihak pembekal tidak meletakkan tag seperti yang dijanjikan mereka. Sepatutnya memang ada malah mereka sudah berjanji sudah melakukan semakan kualiti sebelum menghantar pakaian ini,” kata Lizzy.

Video yang dimuat Naik Elizabeth Tan di Instagram.


Penyanyi yang terkenal dengan lagu Semua Sudah ini juga menjelaskan dia sudah mengeluarkan modal yang tinggi untuk menjayakan projek label pakaiannya itu.

Dia turut meluahkan rasa kecewa dek kerana pembekalnya itu merupakan pembuat pakaian premium.

“Saya dah bayar dia (pembekal) dengan harga yang sangat tinggi, pembekal itu merupakan pembekal premium,” katanya.

Dalam pada itu, Lizzy turut memohon maaf kepada semua pembeli pakaian tersebut dan menawarkan pemulangan wang serta voucher tambahan.

Elizabeth Tan luah rasa kecewa.

“Saya minta maaf, jika anda masih mahu tshirt ini bersama bersama tag yang tidak disertakan pihak pengilang, anda boleh membuat permohonan pemulangan melalui laman belian atas talian.

“Maafkan saya, saya nak yang terbaik untuk anda. Namun saya dah salah pilih orang,” tambahnya.

Penyanyi berusia 27 tahun ini turut menawarkan peluang kerjasama bersama pembekal serta pengilang lain yang berminat untuk berkolaborasi untuk projek seterusnya. -The News Malaysia