Penyanyi Siti Nordiana menafikan dakwaan dirinya bakal berkahwin seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut kenyataannya dalam satu sidang media yang diadakan hari ini, gaun putih persis pengantin itu merupakan simbol kepada konsert yang bakal diadakan tidak lama lagi. Siti Nordiana bersama Icon Entertainment sebagai penganjur bakal mengadakan Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 tahun di Zepp, Kuala Lumpur pada 11 Mei ini.
“Betul Nana nak kahwin.
“Sebenarnya Nana nak jemput semua rakan-rakan media dan peminat Nana. Tarikhnya 11 Mei, majlisnya di Zepp, Kuala Lumpur,” jelasnya.
Nana juga memohon maaf jika ada pihak yang salah faham dengan gambar yang tular.
“Saya memohon maaf jika ada pihak yang salah faham dan menyangka saya akan bernikah selepas tersebar foto berbaju pengantin.
“Konsert ini ibarat perkahwinan bersama peminat yang sudah menanti lama konsert solo saya,” ujarnya.
Konsert ini bakal menjadi memori yang bersejarah buatnya sepanjang 25 tahun dalam bidang seni. Menurutnya lagi, Konsert Memori Berkasih ini bakal menjadi konsert nostalgia buat semua peminatnya yang selama ini sentiasa mendukung kerjayanya.
View this post on Instagram