Gara-gara komen tentang jerawat, Iman Troye diserang peminat NCT

PENYANYI muda Iman Troye yang kini sedang membina nama dalam industri muzik menjadi mangsa kecaman oleh ‘Czennie’ yang merupakan golongan peminat kumpulan K-Pop Neo Culture Technology atau lebih dikenali sebagai NCT.

Komen yang ditinggalkan Iman di sebuah portal. Sumber gambar: Murai.

Kecaman tersebut difahamkan berlaku selepas Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 18 meninggalkan komen di Instagram sebuah portal mengenai rahsia salah seorang anggota NCT, Jaehyun miliki wajah bersih tanpa jerawat.

Dalam komennya itu, Czennie mendakwa Iman menganggap biarpun seseorang telah melakukan pembedahan plastik, mereka akan tetap mempunyai jerawat yang ‘tumbuh’ di wajah. Walaupun tidak menyatakan mana-mana individu, namun mereka percaya bahawa komen tersebut ditujukan buat Jaehyun.

Sumber gambar: Murai

Hal itu menyebabkan Czennie mengecam tindakan pelantun lagu Teman ini dan menyifatkan beliau tidak sensitif dengan komen yang ditinggalkan selain membuat tuduhan melabelkan majoriti selebriti Korea termasuk Jaehyun membuat pembedahan plastik.

Walau bagaimanapun, ada juga segilintir yang mempertahankan komen Iman dan menganggap penyanyi itu menulis berdasarkan fakta dan tidak sengaja ingin merendahkan mana-mana selebriti.

Iman juga terus mengambil tindakan dengan membuat permohonan maaf melalui media sosial Instagram. Jelasnya, apa yang berlaku adalah fitnah dan salah faham.

Menurutnya, dia sama sekali tidak menuduh selebriti Korea membuat pembedahan plastik, sebaliknya ingin menulis sekiranya selebriti itu masih mempunyai jerawat ia bermakna mereka tidak melakukan rawatan kosmetik tersebut.

Memohon maaf atas kekeliruan yang terjadi, Iman turut terkejut dan sedih kerana menerima kecaman yang melampau berkaitan isu berkenaan.

Di kesempatan itu, Iman turut berkata dia juga merupakan peminat K-Pop dan akui sudah memadam komen berkenaan.

Sumber: Murai