PELAWAK dan penyampai radio terkenal, Fad meluahkan yang beliau masih lagi merasakan kehilangan rakan seperjuangannya, Allahyarham Abam, sahabat seperjuangannya yang pulang ke Rahmatullah 3 tahun lalu.
Memetik laporan Gempak, Fad atau nama sebenar Muhammad Fadzlie Mohd Nizam melalui satu wawancara menjelaskan walaupun sudah genap 3 tahun pemergian Allahyarham Abam, dia masih lagi sukar untuk melupakan kenangan susah senang bersama teman rapatnya itu.
“Orang ramai cakap yang saya hanya menagih simpati apabila kerap menangis, terutamanya di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) kerana terkenangkan arwah, tapi mereka tidak memahami perasaan sebenar dan isi hati saya.
“Dialah peneman saya sewaktu beraksi di pentas MLM dan apabila arwah sudah tiada, saya amat merasakan kekosongan tempat yang di isi arwah,” tambahnya.
Sumber gambar – Instagram Fadbocey | Sumber laporan – Gempak