Hujung minggu lalu tular beberapa gambar sekitar majlis pernikahan suami Irma Hasmie, Redza Syah Azmeer dengan seorang wanita yang dimuat naik di Instagram Redza sendiri.
Susulan daripada status perkahwinan mereka menjadi tanda tanya peminat dan juga media. Bagaimanapun hingga kini Irma Hasmie masih tidak memberikan sebarang kenyataan.
Ketika dihubungi Harian Metro, Irma hanya mohon doa agar urusan dirinya dan anak-anak dimudahkan.
“Mohon doa supaya Allah permudahkan segala urusan saya dan anak-anak serta Allah jaga dengan Rahmat-Nya.
“Doakan moga Allah beri ketenangan dan banyakkan rasa syukur. Apa yang yang penting Allah jaga hati dan fikiran kami (anak-anak),” katanya.
Irma menyatakan yang dirinya berada dalam keadaan baik ketika ini.
Namun ketika ditanya mengenai status perkahwinan mereka, Irma bagaimanapun tidak menjawab persoalan sama ada masih bergelar isteri atau sudah memilih jalan perpisahan.
Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada tahun 2023 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber : Harian Metro