JIKA diimbas kembali sekitar awal tahun 2020, industri hiburan pernah kecoh apabila penyanyi Naim Daniel pernah menjadi ‘mangsa’ komen pedih selebriti Azwan Ali yang mempertikaikan kemenangannya dalam Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34).
Namun cercaan melalui laman Twitter milik Azwan atau lebih terkenal dengan panggilan Diva AA dibalas dengan gaya bahasa yang disifatkan netizen sebagai penuh sopan.
Dan sekali lagi, Naim, 23, bikin hati netizen ‘berbunga’ melalui perkongsian terbaharunya di laman Instagram.
“Kasih dan sayang akan sentiasa menang,” tulis Naim.
Kapsyen ringkas tersebut disertakan dengan sebuah video throwback kisah hitam yang pernah terjadi antara mereka.
Namun yang lebih menarik, Naim turut menyajikan rakaman dia dan Azwan sama-sama menyanyikan sebuah lagu yang bakal dilancarkan Naim tidak lama lagi.
“All the best buat buat Naim daripada Diva AA untuk lagu terbaharunya yang berjudul Purnama yang akan dilancarkan tidak lama lagi,” kata Azwan sambil menyanyikan beberapa baris lagu tersebut.
Perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Sumpah itu turut membuatkan peminatnya berasa kagum kerana langsung tidak menyimpan dendam atas apa yang berlaku antara mereka sebelum ini.
“I cannot. You are so positive Naim. Bila dulu Diva AA lontarkan kata-kata yang tak indah, anda balas dengan kebaikan dan kata-kata yang baik.
“Sungguh indah sifatmu. Now dah ‘ngam’ dengan diva AA. Alhamdulillah suka tengok,” tulis netizen.
Perkongsian tersebut turut mendapat komen berbentuk emoji love daripada beberapa selebriti terkenal antaranya Janna Nick dan Hatta Dolmat.