DISEBABKAN sering mempamerkan keakraban di media sosial, nama pelakon Ahirine Ahiruddin dikatakan punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle dan juga didakwa sebagai punca Diana memfailkan cerai terhadap Farid.
“Ini mesti Ahirine yang menjadi punca perceraian. Tidak rasa bersalah ke menjadi perosak rumah tangga Diana? Saman saja Ahirine kerana dia menjadi orang ketiga dan punca pergolakan,” komen seorang pengguna media sosial.
Malah, ada juga yang kurang senang apabila Ahirine memuat naik perkongsian bermesra dengan Farid yang juga berstatus sebagai suami dan bapa kepada dua cahaya mata.
Harian Metro cuba menghubungi Farid untuk mendapatkan ulasan mengenai dakwaan berkenaan tetapi hingga kini masih belum mendapatkan maklum balas dari beliau.
Sebelum ini, menerusi laporan Harian Metro, Ahirine, 26, berharap tiada salah faham terhadapnya berikutan video TikTok yang mempamerkan Farid yang sedang membantunya memakai topi keledar.
Sementara itu, Diana dilaporkan memfailkan cerai terhadap Farid pada awal bulan ini dengan memberi alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Farid yang khabarnya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Diana, bagaimanapun enggan melafazkan cerai pada sesi yang berlangsung di Mahkamah Syariah Subang Bestari, Isnin lalu.
Sumber gambar tajuk – The Star | Sumber laporan – Harian Metro