PELAWAK Danial Zaini akhirnya mengakui video tular di atas katil sambil menyanyikan sebuah lagu di laman Twitter adalah dirinya.
Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini, 27, bagaimanapun menjelaskan tidak menyangka nyanyiannya ketika sedang ‘patah hati’ itu mendapat perhatian ramai.
“Ramai tanya siapa yang buat lagu ni dan sebagainya, disini saya nk jelaskan lagu atas katil di laman Twitter yang tular sejak awal tahun ini sebenarnya memang suara saya, tp tak tahu pula nyanyian tersebut direkod seorang rakan tanpa saya sedari.
“Lagi pun kejadian itu dirakam pada hujung tahun lalu, cuma dimuat naik pada awal tahun ini dan menjadi tanda tanya kepada pendengar tentang identiti penyanyinya sehinggalah lagu ku Tak Rela dilancarkan secara rasmi sejak semalam,” jelas Danial.
Dalam pada itu, Danial mengakui kisah cinta yang terputus di tengah beberapa tahun lagu setelah bekas kekasih mengikat tali pertunangan dengan individu lain menjadi inspirasi utama dalam menghasilkan lagu ini.
Dia bagaimanapun tidak menyangkan kisah luka yang disampaikan menjadi bualan ramai biarpun dia terkenal dengan perwatakan lucu dah bersahaja,” katanya kepada Thenewsmalaysia.
“Umum tahu sebelum ni saya ada menjalinkan hubungan dengan seorang gadis, tapi ia berakhir begitu sahaja dua tahu lalu. Malah pengurus saya iaitu Hadi Rumnan juga tahu bagaimana hidup saya menjadi ‘gelap’ pada saat itu, lalu dia cadangkan untuk merakam Ku Tak Rela sebagai kenangan hidup saya.
“Saya ni pelawak, apa yang saya kata semua jd bahan gurauan. Saya sedar dan sy akui perkara itu. Bila cakap perkara serius pun orang ingat tu bahan lawak. Jd saya pendam dan tak maklumkan kepada sesiapa bahawa saya la penyanyi lagu ni,” tambah Danial.
Tambah Danial lagi, video muzik Ku Tak Rela turut dihasilkan khas bagi mengenang kisah perjalanan karier seninya yang penuh dengan dugaan.
Dia juga lega dapat meluahkan semua isi hati yang sudah lama terpendam melalui paparan muzik video tersebut.
“Bercerita tentang video muzik lagu ni, itulah memori perjalan sy dalam industri. Terpulang kepada penonton untuk menilai walaupun ada yng kurang senang dengan nasib yang menimpa saya.
“Tak semua saya cerita, tapi itulah sebahagian kisah hidup saya. Lega sebenarnya dapat lepaskan rasa yang terpendam lama. Bukan nak meratap, ini sekadar cebisan kisah hidup yang saya pernah lalui,” jelas Danial.
Klip video berkenaan juga berjaya mendapat lebih 200 ribu kali tontonan dan menduduki carta trending youtube.