PELAKON Chacha Maembong akhirnya membuka mulut selepas beberapa hari namanya terseret sama dalam isu Macau Scam yang membabitkan beberapa artis di Malaysia.
Melalui kenyataannya di Instagramnya, Chacha memberi penjelasan tentang hubungannya dengan individu kononnya berpangkat Datuk dan wanita bernama ‘Datin Alya’ serta kaitannya dengan aktiviti Macau Scam serta perjudian Online.
Menurut Chacha, segala pertuduhan yang dikeluarkan oleh orang tidak bertanggungjawab di media sosial sejak beberapa hari lalu adalah sebuah fitnah buat dirinya.
Dia juga tak teragak agak untuk mengambil tindakan guaman kerana reputasi dan perniagaannya terjejas.
Adik kepada pelakon Emma Maembong itu mengatakan akibat daripada fitnah tak bertanggungjawab itu, reputasi serta perniagaan Elysyle Cmsecrets yang dijalankan turut terkesan
“Baru baru ini saya telah mendapat tahu bahawa terdapat beberapa individu dalam media sosial yang mengeluarkan kenyataan fitnah dan tidak benar terhadap saya.
“Bahawa saya memulakan perniagaan kononnya dengan dana yang diperolehi daripada individu yang kononnya dikenali sebagai Dato Zaidi Kanapiah dan saya terlibat dalam aktiviti Macau Scam dan juga perjudian online.
“Akibat daripada kenyataan yang dibuat beberapa penama ini, saya telah mendapat kecaman di media sosial dan ini telah menjejaskan reputasi saya dan menjejaskan perniagaan saya,” tulis Chacha di Instagramnya beberapa jam tadi.
Chacha, 24, juga dengan sekerasnya menafikan sudah mengenali individu berpangkat Datuk itu, apa lagi pernah bertemu dan berhubung dengannya.
Sehubungan itu, dengan tegas dia mengatakan sumber atau dana perniagaannya adalah hasil dari titik peluh sendiri.
“Saya ingin menegaskan bahawa sumber dana perniagaan saya merupakan hasil titik peluh saya. Untuk makluman, produk keluaran saya adalah kerjasama dengan sebuah syarikat ternama di Malaysia dan Asia, tiada kaitan dengan penglibatan dana atau modal dari sumber lain,” katanya lagi.
Di kenyataan yang sama, pelakon itu turut menjelaskan tuduhan dirinya berkawan baik dengan individu dikenali sebagai Datin Alya selepas ada pihak yang menyebarkan foto mereka bersama.
“Gambar yang telah tular di media sosial adalah gambar yang diambil sekitar Januari 2017, ketika pertama kali saya bertemu dengannya ‘Datin Alya’ sebagai kenalan dan bukanlah sebagai rakan karib,” jelasnya.
Sumber: Gempak