SELEBRITI terkenal Korea Selatan, Rain mengejutkan ramai pihak baru-baru ini selepas mendedahkan jumlah bayaran bagi koreografi untuk dua lagu kolaborasinya yang terbaru.
Harga tersebut didedahkan dalam episod terbaru rancangan realiti SBS “My Ugly Duckling” pada 2 Mei. Pelawak, Kim Joon Ho mengunjungi Rain di agensinya bersama rakan artis KCM dan Lee Sang Min.
Dia turut menjelaskan bahawa dia melancarkan watak kucing dan bertanya adakah Rain akan bersedia untuk membuat koreografi bagi lagu tema watak barunya.
Semasa sedang berbual, penyanyi Lee Sang Min bertanya berapakah harga kos koreografi pada masa kini jika nak dibandingkan dengan zaman dahulu?
Rain menjawab, “Koreografi hari ini? Ia sangat mahal!”.
“Sekarang, kami menerima koreografi dari koreografer asing dan koreografer Korea (bagi sebuah lagu). Selain itu, kami akan dapat 3 versi yang berbeza sebelum menggabungkan dan menghasilkannya sebagai satu koreografi terakhir untuk lagu tersebut”, jelasnya.
Jung Ji-hoon atau lebih dikenali sebagai Rain juga turut memberitahu kolaborasinya baru-baru ini dengan Park Jin Young dan Chungha sebagai contoh. Semasa bekerjasama dengan Park Jin Young untuk lagu ‘Switch To Me’ harganya mencecah sekitar 30 juta Korea won (RM 110,155) dan bagi kos koreografi ‘Why Don’t We’ bersama Chung Ha pula sekitar sekitar 20 juta Korea won (RM 73,433).