TIDAK dinafikan, ia adalah sesuatu yang normal bagi kanak-kanak jika mereka mempunyai masalah gigi rongak kerana masih dalam proses tumbesaran.
Akan tetapi, lain pula bagi anak perempuan pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel iaitu Hayla Maghrifatul Adziyaa yang tidak mempunyai gigi lebih lagi gigi hadapan?
Hal ini menyebabkan kedua selebriti itu mengambil keputusan untuk membuat gigi palsu untuk Hayla bagi memudahkan si kecil itu mengunyah makanan memandangkan gigi hadapannya sudah rongak.
Wawa turut berkongsi video pendek menunjukkan Hayla yang sedang menjalani rawatan crown dan penambahan gigi palsu yang biasanya digunakan oleh orang tua.
Dalam masa yang sama, Wawa turut sempat meninggalkan pesanan kepada para ibu bapa yang berhadapan dengan situasi sama supaya tidak berasa gusar kerana sebelum ini juga mereka pernah mendapat komen negatif dan dituduh tidak pandai menitik beratkan penjagaan gigi anak.
Selepas ini, Hayla akan semakin bertambah cantik dan mungkin senyuman manisnya juga akan semakin lebar!