TULAR di Twitter apabila pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat berkongsi satu ciapan yang membuat perbandingan di antara pencapaian Yuna dengan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Isu ini mendapat perhatian orang ramai di Twitter selepas Hatta memuat naik foto wajah Yuna yang terpampang di sebuah billboard di kota New York, Amerika Syarikat.
Dalam ciapan itu, Hatta meluahkan rasa bangga dengan kejayaan yang diraih Yuna di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, ciapannya menerima respon yang negatif dari banyak pihak kerana ada yang merasa tindakan Hatta yang seperti memerli Siti Nurhaliza.
Ada juga di antara mereka berpendapat yang Hatta seperti tidak mengenang budi apabila Siti merupakan antara selebriti yang pernah menggayakan rekaannya semasa dia masih lagi menjejakkan kaki dalam industri fesyen tempatan.
Difahamkan, Hatta kemudian telah pun memadam ciapan itu. Sehingga kini tidak ada sebarang maklum balas sama ada benar atau tidak ciapan yang ditulis oleh Hatta itu ditujukan kepada Siti.
Akan tetapi, ramai yang pada umumnya mengetahui bahawa penyanyi nombor satu Malaysia adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza. Untuk rekod, beliau Satu-satunya penyanyi di Malaysia yang meraih lebih 300 buah trofi dalam dan luar negara.
Sumber: Oijom