IMPAK populariti yang diraih menerusi TikTok, seorang pelajar membuktikan bahawa aplikasi itu mampu menjana wang jika dimanfaatkan sebaiknya. Lapor Mstar.
Menurut Nurin Lofa Adrianna Kirana, 17, hasil ulasan berbayar yang dibuat selama ini, dia sudah berjaya membeli dua buah kereta.
Pada tahun lalu dia membeli sebuah kereta terpakai keluaran tempatan dan pada minggu lepas dia sekali lagi tersenyum apabila berjaya memiliki sebuah Toyota Vellfire.
Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Nurin mengakui sama sekali tidak menyangka rezekinya cukup murah sejak menyertai TikTok pada Ogos tahun lalu.
“Saya sudah beli sebuah kereta terpakai tahun lepas. Ini kereta kedua. Paling banyak saya dapat tentunya menerusi paid review.
“Memang tak sangka sangat, masa pertama kali buat review saya pun tak yakin. Saya buat pun sebab ada orang minta.
“Lepas percubaan pertama, pemilik bisnes tu kata dia tak menang tangan layan pelanggan. Bermula dari situ saya tekad untuk buat berterusan,” ujarnya yang memiliki 746,000 pengikut di TikTok.
Mesra disapa Nurin, dia yang mengikuti pengajian secara ‘home school‘ mendedahkan kehidupannya berubah sekelip mata kerana TikTok.
Malah, ia sekaligus membuktikan kepada mulut-mulut jahat yang menghinanya selama ini bahawa dia juga boleh berjaya.
Kata Nurin yang popular kerana video membebel di TikTok, aplikasi itu boleh menjana wang jika digunakan dengan betul.
“Walaupun saya selalu buat video membebel, saya selitkan dengan kata-kata positif. Guna ke arah yang betul.
“Saya cuma nak cakap, yang mana kecam atau sokong saya… terima kasih. Apa sahaja yang dikecam, saya ambil positif,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Nurin sebelum ini pernah mendapat liputan mStar apabila ada pihak tidak bertanggungjawan menyebarkan berita kematian palsu melibatkan dirinya di media sosial.
Menerusi laporan pada 6 Disember lalu, dia kecewa apabila hal sensitif itu menjadi bahan jenaka individu tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan kekecohan ramai.
sumber : Mstar