Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya Bella Astillah pada sebutan kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis.
Aliff, 33, selaku defendan memaklumkan keputusannya itu di hadapan Hakim Syarie Wa Mohd Najib Wan Hamat.
Menurutnya, dia masih sayangkan Bella dan memerlukan masa sebelum membuat sebarang keputusan.
“Ini bukan keputusan yang boleh saya fikir dalam satu hari (bercerai). Saya perlukan masa.
“Saya tidak bersetuju (bercerai). Saya masih sayangkan Bella,” katanya.
Aliff hadir ke mahkamah ditemani ibunya, Siti Hafiza Basharahil.
Bella memfailkan permohonan cerai secara ekpres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu.
View this post on Instagram
Sumber : mStar