Pelakon Nabila Huda mengundang kejutan apabila meluahkan amarahnya terhadap seorang wanita menerusi aplikasi X. Nabila Huda atau lebih mesra dipanggil Abil juga mendakwa wanita tersebut telah menjadi punca orang berpecah belah.
Menurt Abil wanita tersebut merupakan manusia yang paling jahat pernah ditemuinya dan dia akan mendedahkan segala yang telah dilakukan wanita tersebut.
Dedah Abil lagi, wanita berkenaan sudah mula lupa diri akibat kuasa dan duit.
“Bila manusia terlalu dahaga kan kuasa dan duit, mula lah buruk perangai. Dah mula tak menghormati orang, lupa diri, busuk hati
“Tapi tak juga. Dia ni memang dilahirkan hitam hatinya! Memang dilahirkan jahat! Jiwa dia penuh hasat dengki dan cemburu!!,” tulisnya.
Kau ingat kau siapa sial??!!! Just because kau rasa kau dah ber status, kau boleh buat orang macam barua kau ke? Mak bapak kau tak ajar ke adab? Kau tak sedar ke kau sebenarnya bodoh tapi buat2 pandai? Tolong lah jangan lupa asal usul..Ini lagi sekali aku ingat kan..
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 5, 2024
Kau lah manusia paling jahat yang pernah aku jumpa dalam hidup…paling paling jahat..Serious. This one jangan lah main-main..Ni jenis manusia yang dahaga kan limelight. Nak rasa dihargai. Nak tunjuk buat kerja bersungguh-sunggu but very sneaky.. ada personal interest..
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 5, 2024
Bila manusia terlalu dahaga kan kuasa dan duit, mula lah buruk perangai..Dah mula tak menghormati orang, lupa diri, busuk hati..Hmm tapi tak jugak..dia ni memang dilahirkan hitam hatinya! Memang dilahirkan jahat! Jiwa dia penuh hasat dengki dan cemburu!!
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 5, 2024