[Video] Lelaki Pukul Warga Emas, Pihak Glamping Dakwa Mangsa Yang Mulakan

 

Tular video di media sosial hari ini apabila seorang individu dipercayai merupakan salah seorang staf tapak glamping memukul seorang warga emas.

Menurut ciapan video di platform X, @kekhalid mangsa tidak berpuas hati terhadap pemilik tapak glamping yang selalu membakar sampah di belakang rumah. Mangsa kemudiannya memberi amaran kepada pemilik namun dipukul oleh lelaki tersebut.

Bagaimana pun, pihak glamping tampil menafikan dakwaan tersebut. Jelas pihak glamping, seorang nenek berusia 70 tahun yang bekerja di situ telah dipukul terlebih dahulu oleh mangsa.

 

Dalam satu hantaran lain di Facebook lelaki tersebut menjukkan video di mana mangsa telah memukul nenek yang bekerja di tapak glamping.