Seorang anggota polis daripada Unit Peronda Lebuhraya Ipoh – Tapah JSPT Bukit Aman mempertaruhkan nyawanya apabila mengalihkan objek iaitu serpihan tayar daripada tengah jalan raya.
Sjn Mohamad Faizal Bin Abd Hamid bersama L/Kpl Mohd Fakharazi Bin Hasan ketika itu sedang membuat rondaan pemantauan di kawasan lebuhraya. Bagaimanapun apabila sampai di KM 310 arah utara, mereka mengesan satu serpihan besar tayar yang berada di laluan utama lebuhraya.
Kedua-dua mereka bertindak pantas mengalihkan serpihan tayar tersebut bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.
Tindakan berani mereka mendapat pujian orang awam, namun ada yang menasihati agar keselamatan diutamakan.
“Utamakan keselamatan bang trafik. Semoga sentiasa didalam perlindungan Allah SWT
“Insan yang baik adalah insan yang bermanfaad pada insan yang lain,” antara komen yang ditinggalkan pada hantaran video di Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.