Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud telah melanda Turki di bahagian Selatan pada 6 Februari 2023.
Jumlah mangsa yang terkorban akibat bencana itu telah meningkat melebihi 2,300 orang dan ramai lagi yang cedera. Operasi pencarian mangsa masih lagi dijalankan di kawasan kawasan tertentu di negara tersebut yang dilanda bencana tersebut bermula dari 4.17 pagi Isnin.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) membuat keyataan bahawa mereka mendapati pusat gempa itu dikesan pada 23 kilometer timur Nurdagi, wilayah Gaziantep.
Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 7 kilometer, diikuti dengan dua gempa susulan yang melanda wilayah Gaziantep, masing-masing berukuran 6.4 dan 6.5 pada skala Richter.
Negara jiran Syria turut terjejas dengan jumlah 237 orang yang dilaporkan maut manakala 639 orang lagi cedera akibat gegaran kuat yang melanda wilayah Idlib, Aleppo, Hama, Latakia, dan Raqqa.
Tiada laporan mengenai orang Malaysia yang terbabit dalam bencana itu. Walau bagaimanapun, negara kita telah menghantar 75 orang anggota SMART untuk ke Turki dan memberikan bantuan yang sepatutnya dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.