Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari 2024 telah bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja iaitu pada 8 dan 9 April 2024 sebagai meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat beragama Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Kesemua pengguna lebuhraya boleh menikmati tol percuma bermula 12.01 pagi, 8 April dan berakhir pada 11.59 malam 9 April 2024.
Bersempena perayaan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi, suka saya mengumumkan pemberian tol percuma pada 8 (Isnin) dan 9 April 2024 (Selasa) kepada pengguna lebuh raya kenderaan persendirian kelas 1 sahaja.
@moworksmy @LLMrasmi@plus2u pic.twitter.com/vzfaX3PvZq— Alexander Nanta Linggi (@AlexNantaLinggi) March 28, 2024
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.