TIGA individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan maut dalam kebakaran sebuah pusat karaoke di Jalan Putra, Mergong di sini pagi ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron berkata, dua mangsa lelaki yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Mak Barry dan Jeffry Tan Wui masing-masing berusia 30 tahun, lapor Kosmo.
Katanya, mangsa wanita pula dikenali sebagai Kim Mei Ki, 31.
“Ketiga-tiga mangsa dipercayai pelanggan pusat karaoke tersebut yang bermalam di situ,” katanya kepada Kosmo.
Sumber: Kosmo