Bengang dengan cara dan etika pekerja bawahan yang sering buat kerja macam ‘acuh tak acuh, endah tak endah’, seorang lelaki tekad tikam rakan sekerjanya di Balik Pulau, semalam.
” Mungkin naik bengang dah banyak kali cover kan kerja orang.”
Kejadian yang berlaku pada 1.30 petang itu, mangsa yang berusia 20-an ditikam lelaki terbabit yang juga merupakan team leader kumpulan kerja mereka yang seramai 5 orang.
Dilaporkan ditikam didada, dagu dan tangan kanan.
Menurut Harian Metro, suspek dikatakan berang kerana ada antara pekerja kumpulan itu termasuk mangsa tidak menepati masa ketika menjalankan tugas.
Sebelum ini, suspek dikatakan pernah beberapa kali menegur mangsa dan seorang lagi rakan sekerja dalam kumpulan Whatsapp supaya menepati masa.
” Malah, dia juga memendam amarah itu kerana ada ketikanya dia terpaksa melakukan kerja sendirian ketika lori barang tiba.”
Kata sumber itu lagi, suspek yang berusia 20-an dan sudah dua tahun bekerja di situ mungkin hilang sabar dengan mangsa dan bertindak menikamnya.
Ketika dihubungi, sumber itu kini tidak sedarkan diri dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Balik Pulau.
” Bagaimanapun, polis masih melakukan siasatan lanjut punca sebenar pergaduhan itu dan usaha memburu suspek sedang dilakukan. “
Difahamkan, suspek juga menghubungi rakan sekerja lain dan mengugut akan menetaknya jika dia membuat laporan polis.